Tuesday, January 12, 2010

BELAJAR KHAT 2

SAMBUNGAN ...

Persediaan fizikal.
Tubuh badan yang sihat dan anggota yang sempurna. Namun anugerah yang di kurniakan Tuhan tidak sebagaimana orang lain atau sempurna ianya tidak menjadi halangan bagi mereka yang bersungguh-sungguh berminat untuk mnguasai bidang ini.
Sebuah kisah penulis wanita, “Bintu Khaddan Wardi”. Sebagaimana yang telah dinaskan oleh Ishak dalam kitabnya tentang cerita pada zaman raja alKamil pada bulan Syawal 624h telah datang dari Iskandariah seorang perempuan yang tidak menpunyai kedua belah tangan hingga ke siku. Beliau melakukan segala kerja sebagaimana perempuan-perenpuan lain dengan menggunakan kaki. Seorang menteri telah menemuinya dan membawa perempuan tersebut dakwat kalam dan pisau. Dakwat itu diambil oleh perempuan tersebut kaki kirinya, kemudian diambil kalam dan pisau diraut, diasah, dibelah dan dipotong melintang kalam tersebut. Seterusnya diambil kertas dan memegangnya dengan kaki kiri dan menulis dengan kaki kanan dengan lebih baik dan cantik dari apa yang ditulis oleh penulis dengan tangan kanan mereka. Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia. Semoga cerita ini menjadi pendorong dan semangat kepada mereka yang betul-betul berminat untuk berkenalan secara lebih luas dan seterusnya mendalami bidang Seni Khat ini.
Persediaan mental.
• Minat yang mendalam (bukan hangat-hangat tahi ayam)
• Emosi yang tenang
• Ketekunan yang jitu
• Kesungguhan yang mantap
• Daya imaginasi yang tinggi
• Daya cipta dan tiru yang halus
• Melatih diri untuk menjadi seorang yang mempunyai jiwa yang tinggi, halus perasaan yang tajam bertenang dan bekerja dalam situasi yang jauh dari jiwa yang gelisah dan gopoh serta bersikap 'rileks', ini juga dapat faktor membantu kepada penulisan yang baik, cermat dan halus. Selain faktor bimbingan guru yang berpengalaman dan mahir

BELAJAR KHAT

Cara yang berkesan:
• Belajar di bawah pengawasan dan bimbingan guru yang terlatih dan berpengalaman dengan asas pelajaran penulisan seperti kedudukan yang betul, cara memegang kalam, kaedah yang betul mengasah kalam dan memotong mata kalam yang yang sesuai bagi jenis khat, cara meletakkan mata kalam di atas kertas, teknik meletakkan bekas dakwat dan menerangkan cara meletakkan span di dalamnya sehingga mencelup kalam khat itu dakwat setakat yang dikehendaki.
• Latihan yang berterusan mengikut kaedah penulisan yang muktabar.
• Merujuk buku atau hasil karya penulis-penulis yang masyhur seperti Hasyim al Baghdadi yang menjadi rujukan peminat-peminat khat di Asia dan Eropah.
• Meniru atau menekap tulisan penulis-penulis yang berpengalaman dengan tujuan memahirkan penulisan.
Apakah kepentingan mempelajari Seni Khat?
Kepentingan mempelajari khat terbahagi kepada dua.
Pertama kepentingan kepada individu dan yang kedua kepentingan kepada masyarakat.
Kepentingan kepada individu:
• Khat merupakan salah satu wasilah perhubungan kemanusian dan merapatkan hubungan antara manusia bagi merealisasikan urusan kehidupan dengan sempurna bagi jalan penulisan dan khat itu sendiri tiang kepada penulisan.
• Khat juga merupakan wasilah dalam menghasilkan harta benda dinisbahkan kepada seni khat yang halus dan tinggi dengan sebab kepakaran penulisnya.
• Bagi khat kepentingan yang khusus adalah menyintainya bagi orang yang merasai dengan perasaan kejiwaan yang halus.
Kepentingan pada masyarakat:
• Khat itu ditulis dengannya pelajaran, ilmu pengetahuan, akhbar dan majalah dan merupakan wasilah iklan seperti televisyen dan sebagainya.
• Khat itu diwujudkan pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat dakwah dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap tempat seperti di rumah, di jalan-jalan dan di sekolah-sekolah.
• Khat itu wasilah perpindahan ilmu turas dan ilmu pengetahuan dan terbukti kitab-kitab itu dengan dihiasi dengan kulit yang indah dengan tulis yang direka pelbagai jenis semenjak dahulu yang menyimpan di dalamnya manuskrip dan karangan penulis-penulis terdahulu.
Apakah persediaan yang perlu ada bagi setiap pelajar yang ingin mempelajari Seni Khat?Persediaan yang perlu ada bagi mereka yang ingin mempelajari seni ini boleh kita ketegorikan kepada dua.

CONTOH KHAT TULUTH










CONTOH TULISAN KHAT NASAKH









AKTIVITI KELAB SENI KHAT & JAWI 2010

Mesyuarat Kelab Seni Khat & Jawi telah diadakan pada 6 Januari 201o.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :

i- Mengadakan seminar atau taklimat mengenai sejarah Seni Khat
ii- Kelas Intensif penulisan khat kepada ahli
iii- Menyediakan kelengkapan dan bahan persediaan sebelum penulisan khat dijalankan
iv- Mengadakan pertandingan khat di kalangan ahli dan bukan ahli dengan kerjasama kelab lain
v- Membuat mural khat di tempat yang tertentu sebagai aktiviti kumpulan
vi- Membuat baju Kelab Seni Khat Dan Jawi
vii- Membaikpulih tulisan khat yang telah kabur/rosak
viii- Lawatan ke Muzium Seni Islam di Kuala Lumpur (belakang Masjid Negara) dan Pusat Kesenian Islam di Shah Alam

Ini adalah sebahagian aktiviti yang dicadangkan. Namun sekiranya ada apa-apa rintangan, maka pihak kelab akan melaksanakan apa yang terdaya untuk dilakukan.